PEMAKANAN
Kucing
memerlukan set perkakas makanan tersendiri iaitu sebuah mangkuk untuk makanan
dan sebuah mangkuk lagi untuk air. Ia perlu sentiasa bersih dan dicuci
berasingan daripada pinggan mangkuk anda. Kucing juga lebih sesuai dibiarkan
makan disudut yang senyap, jauh dari dulang kumbahannya.
Makanan kucing mestilah mempunyai kandungan nutrisi penting seperti protien, taurina, kalsium dan serat. Ia boleh didapati dari nasi, ikan, susu dan sebagainya. Selain itu makanan kucing seperti Friskies dan Whiskas juga kaya dengan zat penting.