PENJAGAAN
TIANG
MENGGARU
Sediakan tiang menggaru untuk mencegah si comel daripada menggaru
perabot anda. Ia sebaiknya dibuat daripada kayu dan di lapik dengan hamparan
atau tali dengan tapak yang kukuh dan cukup tinggi agar si comel dapat
menggaru dengan sepuasnya.
ALAT MAINAN
Seperti juga dengan kanak-kanak, benda-benda murah seringkali memberi
lebih kepuasan bermain seperti gelendong benang yang lama, beg kertas yang
besar malah kaki anda sekalipun.
KATIL
Sediakan katil, bakul atau kotak yang lembut yang dinaikkan sedikit
dari aras lantai disudut yang cerah tetapi tidak berangin. Si comel tidur
hampir 75% daripada masanya. Jadi tempat tidurnya haruslah selesa untuk
mencegahnya daripada berbaring dikerusi atau dikatil anda.
PERSELISIHAN
Jangan sekali-kali memukul kucing anda kerana akan menyebabkan
keresahannya. Jika si comel enggan mematuhi arahan, pancutkan sedikit air
dengan pistol mainan. Si comel tidak akan menyedari sumber airnya dan tidak
akan mengaitkan anda dengan hukuman tersebut. Jadi ia akan tetap manja
dengan anda.